ketahui 7 sikap perempuan dengan melihat cara berjalan :D

good evening everybody ! :)  ha okay today is tuesday and what a boring day hm bukak myspace bosan, bukak twitter bosan, bukak friendster bosan, bukaktagged pun bosan, bukak yahoo messanger  pun bosan skype bosan , facebook also boring  tapi bila bukak facebook i found this so  nak share dengan bloggers ! :p


1. kelihatan sepereti tidak memijak tanah !
-
golongan perempuan macamni kononnya tak jujur, mulut laser dan sering menyinggung perasaan orang lain terutamanya bila berbual, ohh ye ! terkenal  dengan sikap egonya juga  dan yang paling parah perempuan seperti ini  seorang yang boros dan suka membazir.. TAPI...perempuan seperti ini biasanya menjadi kegilaan lelaki :P


2. sering menoleh ke kiri dan ke kanan
- perempuan yang macamni selalu nya pandai menyimpan rahsia. walaupun ramai yang mengganggap perempuan yang berjalan seperti ini tidak jujur sifatnya, suka menipu kawan sendiri dan merugikan teman bualnya. namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya, konon nya perempuan  seperti ini senang diaturkan dan diuruskan :)


3. suka menunduk
- perempuan seperti ini katanya mempunyai sikap yang tertutup. dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. wanita seperti ini sukar ditawan hatinyaaa. Di samping sikapnya yang diingin wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. NAMUN jika ada lelakiyang berjaya menawan hatinya, dijamin tau lelaki tu memperoleh kebahagiaan. ini kerana, perempuan jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya :)


4. berjalan menatap lurus ke depan
-perempuan sebegini selalunya mempunyai pendirian yang teguh dan bukannya mudah hendak mengoncangkan imannya. jangan pernah sesekali menentang ape yang  pernah dikatanya jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang hahahhahaha , meskipun pendiriannya teguh, tetapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairan lah kalau perempuan seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas


5.badan bergerak ke kiri dan ke kanan
-Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6 .badan nampak tegak
-Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7.  berjalan seperti zirafah
-Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.