SEDIH ATAU MENANGIS :)

hyeee uolssss ! :0 lama tak update blog, ehh takdelah lamaa mana last update  ohh 2 may  rupanyaa , okay let's start harini disebabkan  tengah feeling ye and ade mood nak update so kita update blog , okay here we go..

  apa salahnya menangis ? jika memang dengan menangis itu membuatkan manusia menjadi sedar..sedar akan kelemahan diri. Disaat tiada lagi yang sanggup  menolong dari kesusahan selain daripada ALLAH S.W.T . Kesedaran yang membawa manfaat kepada dunia dan akhirat ----> jika sedih , menangisla, tiada apa yang nak dimalukan. menangisi jangan meratapi, tetapi ingatlah  kasih ALLAH S.W.T dalam titis titis air mata yang dialirkan kerana kasih ALLAH S.W.T la kita punya air mata, cuba bayangkan jikalau kita sedih tapi ALLAH S.W.T tidak kurniakan kita  air mata..pasti seksa hati kita  menahan kesedihan dalam diri,  ohh ye, menangis dan bersedih bukanlah bererti  kita hilang harapan jauh sekali dengan putus asa dengan rahmat  tuhan..Sesekali menangis hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambanya yang lemah dan kerdil..Sesekali menangis jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha.. Sesekali menangis, percayalah bukan ALLAH S.W.T tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita  menanggung  kecewa dan sedih tetapi DIA mahu kita rapat denganNYA, lantaran hati hati sebeginila yang lebih lunak dan lembut mahu beribadat kepadaNYA :') ALLAH S.W.T itu maha adil, maha penyayang, saya yakin segala yang berlaku ini ada hikmahnya TABAH ?! ya saya harus tabah, insyaALLAH :)