MAAF HATI :/

 Maaf hati, aku tidak bersifat jujur padamu ..


Hati,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?
Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.
Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.
Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?
Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada  Dia ya?
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.
Hati,
Aku mahu kamu kuat. <3
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?
Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.

i am very proud with it :)

.

Dibalik tirai aurat :)

Ah.
Keluh aku luah.
Runsing benak minda.
Memikir hal seorang wanita.
Bilang orang dia jelita.
Digilai berjuta jejaka.
Sungguh.
Bukan dusta.
Matanya menyinar bak permata.
Bibirnya mekar semerah saga.
Hidungnya mancung.
Lesung pipit di pipi.
Bagai menakung selaut mimpi.
Tapi sayang.
Sejuta kali sayang.
Rambutnya lepas bebas.
Compang kebayanya dibuka luas.
Selangkah dia mara.
Terlihat gebu betis.
Terkopak seribu pasang mata.
Pasti goyah iman di dada.
Sayang.
Sejuta kali sayang.
Budi bahasanya indah bila bicara.
Tutur suaranya lemah dengan si tua.
Mendengar perihal agama.
Tekun dipasang telinga.
Melihat insan kebulur.
Pantas tangan dihulur.

Ah.
Keluh kesah aku luah.
Memikir hal seorang wanita.
Wahai wanita.
Kiranya luah ini kau baca.
Ini pesanku untukmu.
Kiranya dedahmu untuk ditayang.
Mahu ada mata memandang.
Janganlah.
Kerana aku juga lelaki.
Aku mengerti apa yang mereka perhati.
Terkadang bukan cinta yang mereka cari.
Sekadar nafsu selubung diri.
Kiranya dedahmu untuk dipuja.
Sesama teman dirimu dijaja.
Ingatlah.
Yang mencatat baik buruk bukan teman mu.
Tapi malaikat yang setia di sisi.
Mengarang amal di dalam buku.
Namun aku percaya.
Jauh di sudut hati.
Kau mahu berubah.
Hematmu kira suatu hari.
Kau pasti beroleh hidayah.
Tapi sayang.
Tiada kita tahu si ajal menjelma.
Entah esok entah lusa.
Atau nanti.
Kita pergi tiba-tiba.
Aku mengerti.
Kau bimbang ditempelak.
Khuatir menerima suara hina.
Tapi persetan semuanya.
Kerna di hujung titis hujan.
Pasti pelangi benderang semula.
Kira kau malu.
Sudi aku jadi temanmu.
Menepis segala sinis.
Menangkis semua egois.
Kira kau tiada mampu.
Nah.
Sudi aku kongsi hasil titik peluhku.
Belilah mana kau mahu.
Asal lengkap isi syariatnya.
Asal penuh syarat litupnya.
Wanita.
Bukan balas cinta yang aku pinta.
Bukan kasih sayang yang aku bayang.
Tapi kau permaisuri.
Aku sang raja.
jJatuh bangun takhta ku keranamu.
Pecah sunyi adam juga kerana kamu.
Maka tiada salah.
Kiranya kita bangun bersama.
Jatuh bersama.

Ah.
Keluh kesah aku lagi.
Tidak mahu kerana seutas rambut.
Segunung azab seksa menanti.
Wanita.
Percayalah.
Bagi aku kau tetap jelita.
Bukan dek ayu matamu.
Bukan dek manis raut senyummu.
Tapi jelita kau terpancar dari dalam jiwa.
Di balik tirai aurat.
Mendukung patuh Maha Pencipta.
Perlahanlah.
Kerna sejuta derap lari itu.
Mulanya dari langkah yang satu.


real life :)

     semua orang punyai kehidupan yang sendiri ,  lain orang lain lah  rutin nya, it's normal okay bila kita naik dalam kehidupan  atau jatuh dalam kehidupan sebab itulah kehidupan yang sebenarnya , hidup ni macam roda pun ade,  sekejap di bawah sekejap di atas, dan semestinya kita takkan gembira sentiasa sebab kadang2 duka tu mengajar kita erti kehidupan yang sebenar :) bangkit dari kehidupan lepas jatuh menjunam tak kira dalam resultske ape ke tak bermaksud kita jatuh selama lamanya so  BANGKIT untuk bertemu dengan kehidupan yang lebih baik, usaha tu penting , kecekalan itu harus sentiasa ada dalam diri, pendirian mesti tetap . :Pbiarkan dugaan sebesar mana pun nak datang dalam hidup kita asalkan jangan sesekali kita berputus asa dalam hidup .   selalu sangat rasa macam hidup kita ni macam bosan  dan sedih , susah semua padahal ade yanglagi teruk dari kita , yang tak makan 1 week pun ade okay lagi kesian dengan   hidup merempat nya so ape yang kita ade sekarang haruslah bersyukur kay ;) , bytheway, sabar tu penting jugak, bila kita sabar hm mesti ade hikmah sebaliknya. ALLAH sentiasa tahu yang terbaik buat hambanya,


ketahui 7 sikap perempuan dengan melihat cara berjalan :D

good evening everybody ! :)  ha okay today is tuesday and what a boring day hm bukak myspace bosan, bukak twitter bosan, bukak friendster bosan, bukaktagged pun bosan, bukak yahoo messanger  pun bosan skype bosan , facebook also boring  tapi bila bukak facebook i found this so  nak share dengan bloggers ! :p


1. kelihatan sepereti tidak memijak tanah !
-
golongan perempuan macamni kononnya tak jujur, mulut laser dan sering menyinggung perasaan orang lain terutamanya bila berbual, ohh ye ! terkenal  dengan sikap egonya juga  dan yang paling parah perempuan seperti ini  seorang yang boros dan suka membazir.. TAPI...perempuan seperti ini biasanya menjadi kegilaan lelaki :P


2. sering menoleh ke kiri dan ke kanan
- perempuan yang macamni selalu nya pandai menyimpan rahsia. walaupun ramai yang mengganggap perempuan yang berjalan seperti ini tidak jujur sifatnya, suka menipu kawan sendiri dan merugikan teman bualnya. namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya, konon nya perempuan  seperti ini senang diaturkan dan diuruskan :)


3. suka menunduk
- perempuan seperti ini katanya mempunyai sikap yang tertutup. dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. wanita seperti ini sukar ditawan hatinyaaa. Di samping sikapnya yang diingin wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. NAMUN jika ada lelakiyang berjaya menawan hatinya, dijamin tau lelaki tu memperoleh kebahagiaan. ini kerana, perempuan jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya :)


4. berjalan menatap lurus ke depan
-perempuan sebegini selalunya mempunyai pendirian yang teguh dan bukannya mudah hendak mengoncangkan imannya. jangan pernah sesekali menentang ape yang  pernah dikatanya jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang hahahhahaha , meskipun pendiriannya teguh, tetapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairan lah kalau perempuan seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas


5.badan bergerak ke kiri dan ke kanan
-Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6 .badan nampak tegak
-Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7.  berjalan seperti zirafah
-Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

RESULTS SPM

 malam sebelum ambil results haih aku tak tido takut yang teramat and aku naikkan nazar aku lagi 1A 1 haripuasa, sebab aku takut aku takut nanti results teruk and buatkan ibu bapa aku menangis  :/ gila ke tak takut?1 aku rasa masa jawab SPM dulu eiii bapak susahnya jawab math dengan account menangis aku dengan dugaan nya  hari kedua accident motor memang tak lah en pergi sekolah dengan kaki and tangan berbalut balut dah macam mumia dah aku tengokdiri kaumasa tu hahahah nak buat semua bende pun macam terbantut jugaaakk so pagi masa 21 march tu erm eiii takut gila tunggu je 9 pagi  dah siap 9.30 sampai sekolah dengan waniy :) she pick me up hihi semangat gila en kitaorg?  ;P takut and tak sabar punya pasal then bila dengar nama kawan2 kene panggil 8A keatas rasa macam ei bestnya  alatapi aku tahu aku tak mungkin dapat straight A's tpi at least ya allahb iar lah 5 A dan ke atas so bila my turn amik results account dengan math paling aku takut , part paling terharu bila cikgu marziana kiss and hug me sebab tak sangka accout lulus sampai macamtu walhal masa trial gagal teruk gila, memangs truggle gila gila  account punya pasal kan :) so alhamdulillah  akhirnya bila dapat results i can my abah and mama menangis kegembiraan tu sudah cukup buat aku rasa hmm terharu okay  !:') and sekarang next tugas is tunaikan nazar 

assalamualaikum :)