Pizza Hut's

 bila kita dah besar,  hm semuanya baru, pengalaman baru.. hidup baru.. kawan baru .. suasana  pun baru , - semuaaa laaa baru  :D  setiap saat setiap minit yang  berlalu dalam hidup ni semuanya berharga dan mempunyai maksud yang tersendiri.. diri sendiri je yang faham ape yang berlaku dalam hidup kita, sejak dah habes sekolah ni, sejak sejak kerja ni kan   macam macam orang yang aku jumpa , yang aku kenal, macam macam ragam manusia ni, susah nak faham la jugak en tapi takpe dah kata pun kehidupan so kita redah je :) bermula dengan workmates dekat pizza hut  pergi kerja tengah hari balik tengah malam so   dorang dah macam second family da alih alih jumpa dorang..  pusing pusing jumpa dorang juga lepas dua bulan kerja situ tiba masa pulak da kene berhenti utnuk masa  depan, ingatkan  tak kan rindu diaorang sebab yelah dua bulan je tapi silapppp, baru dua hari berhenti kerja dah rindu dorang semua, rindu nak kacau amin dengan ramesh kat dapur  rindu nak dapat makan free.. rindu nak karaoke dengan anati, kak rina, surayaa dan lain lain , rindu nak closing pizza hut rindu nak jadi service rindu nak dapat tips :P rindu  nak jaga bar , semuaa rindu.  so hello workmates at pizza hut, i miss you all really miss :) * hari hari rindu*




HATE YOU !

 Benci dengan dendam tu dua perkara berbeza okay    ingat senang ke akunak simpan dendam or benci dekat orang yang aku sayaang? TAK MUDAH OKAY !  aku silap langkah dalam hal memilih kawan ya  aku silap dan akuu menyesal tapi menyesal di kemudian hari tak berguna dah kan ? , rupanya ade kawan yang tak kenang budi sangat takkenang budi well hello girl,  aku anggap kau bukan macam kawan je tapi macam adik aku sendiri tapi kenapa hati kau busuk sangat / aku tak faham ape motif kau buat macam tu semua kalau betul ade masalah dengan aku come to my house la jangan la nak libatkan alki aku ke laki kau ke aku tahu la dorang kembar tapi perlu ke beb ? kau tahu kan  aku percayakan kau sepenuh hati aku tapi ape yang kau buat ? aku selalu berada di belakang  kau, nasihatkan kau macam macam, i know  you got so many haters tapi ade aku jauhkan diri dari kau ? takde kan ? sebab aku tak pernah kena aku bukan nya jenis yang percayakan orang so at last okay at last aku kena?!!!!!! kenapa wey kenapa hatikau busuk gila :(  aku sayang kau kot ,.. taoi kau buat aku macam ni  sampai hati kau ,    sebab kau ya sebab kau aku dengan dia dh jauh  tahu jauh tu ape?! tak contact okay SYABAS laah SYABAS aku ucapkan TAHNIAH kerana dah hancurkan hubungan orang , aku SUKA aku buat mcam tu okay :)




    

SEDIH ATAU MENANGIS :)

hyeee uolssss ! :0 lama tak update blog, ehh takdelah lamaa mana last update  ohh 2 may  rupanyaa , okay let's start harini disebabkan  tengah feeling ye and ade mood nak update so kita update blog , okay here we go..

  apa salahnya menangis ? jika memang dengan menangis itu membuatkan manusia menjadi sedar..sedar akan kelemahan diri. Disaat tiada lagi yang sanggup  menolong dari kesusahan selain daripada ALLAH S.W.T . Kesedaran yang membawa manfaat kepada dunia dan akhirat ----> jika sedih , menangisla, tiada apa yang nak dimalukan. menangisi jangan meratapi, tetapi ingatlah  kasih ALLAH S.W.T dalam titis titis air mata yang dialirkan kerana kasih ALLAH S.W.T la kita punya air mata, cuba bayangkan jikalau kita sedih tapi ALLAH S.W.T tidak kurniakan kita  air mata..pasti seksa hati kita  menahan kesedihan dalam diri,  ohh ye, menangis dan bersedih bukanlah bererti  kita hilang harapan jauh sekali dengan putus asa dengan rahmat  tuhan..Sesekali menangis hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambanya yang lemah dan kerdil..Sesekali menangis jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha.. Sesekali menangis, percayalah bukan ALLAH S.W.T tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita  menanggung  kecewa dan sedih tetapi DIA mahu kita rapat denganNYA, lantaran hati hati sebeginila yang lebih lunak dan lembut mahu beribadat kepadaNYA :') ALLAH S.W.T itu maha adil, maha penyayang, saya yakin segala yang berlaku ini ada hikmahnya TABAH ?! ya saya harus tabah, insyaALLAH :)


MAAF HATI :/

 Maaf hati, aku tidak bersifat jujur padamu ..


Hati,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?
Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.
Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.
Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?
Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada  Dia ya?
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.
Hati,
Aku mahu kamu kuat. <3
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?
Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.

i am very proud with it :)

.

Dibalik tirai aurat :)

Ah.
Keluh aku luah.
Runsing benak minda.
Memikir hal seorang wanita.
Bilang orang dia jelita.
Digilai berjuta jejaka.
Sungguh.
Bukan dusta.
Matanya menyinar bak permata.
Bibirnya mekar semerah saga.
Hidungnya mancung.
Lesung pipit di pipi.
Bagai menakung selaut mimpi.
Tapi sayang.
Sejuta kali sayang.
Rambutnya lepas bebas.
Compang kebayanya dibuka luas.
Selangkah dia mara.
Terlihat gebu betis.
Terkopak seribu pasang mata.
Pasti goyah iman di dada.
Sayang.
Sejuta kali sayang.
Budi bahasanya indah bila bicara.
Tutur suaranya lemah dengan si tua.
Mendengar perihal agama.
Tekun dipasang telinga.
Melihat insan kebulur.
Pantas tangan dihulur.

Ah.
Keluh kesah aku luah.
Memikir hal seorang wanita.
Wahai wanita.
Kiranya luah ini kau baca.
Ini pesanku untukmu.
Kiranya dedahmu untuk ditayang.
Mahu ada mata memandang.
Janganlah.
Kerana aku juga lelaki.
Aku mengerti apa yang mereka perhati.
Terkadang bukan cinta yang mereka cari.
Sekadar nafsu selubung diri.
Kiranya dedahmu untuk dipuja.
Sesama teman dirimu dijaja.
Ingatlah.
Yang mencatat baik buruk bukan teman mu.
Tapi malaikat yang setia di sisi.
Mengarang amal di dalam buku.
Namun aku percaya.
Jauh di sudut hati.
Kau mahu berubah.
Hematmu kira suatu hari.
Kau pasti beroleh hidayah.
Tapi sayang.
Tiada kita tahu si ajal menjelma.
Entah esok entah lusa.
Atau nanti.
Kita pergi tiba-tiba.
Aku mengerti.
Kau bimbang ditempelak.
Khuatir menerima suara hina.
Tapi persetan semuanya.
Kerna di hujung titis hujan.
Pasti pelangi benderang semula.
Kira kau malu.
Sudi aku jadi temanmu.
Menepis segala sinis.
Menangkis semua egois.
Kira kau tiada mampu.
Nah.
Sudi aku kongsi hasil titik peluhku.
Belilah mana kau mahu.
Asal lengkap isi syariatnya.
Asal penuh syarat litupnya.
Wanita.
Bukan balas cinta yang aku pinta.
Bukan kasih sayang yang aku bayang.
Tapi kau permaisuri.
Aku sang raja.
jJatuh bangun takhta ku keranamu.
Pecah sunyi adam juga kerana kamu.
Maka tiada salah.
Kiranya kita bangun bersama.
Jatuh bersama.

Ah.
Keluh kesah aku lagi.
Tidak mahu kerana seutas rambut.
Segunung azab seksa menanti.
Wanita.
Percayalah.
Bagi aku kau tetap jelita.
Bukan dek ayu matamu.
Bukan dek manis raut senyummu.
Tapi jelita kau terpancar dari dalam jiwa.
Di balik tirai aurat.
Mendukung patuh Maha Pencipta.
Perlahanlah.
Kerna sejuta derap lari itu.
Mulanya dari langkah yang satu.